(RUJUK: SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012)
Maksud berelanja LPBT/LPK SEKOLAH:
Maksud berelanja LPBT/LPK SEKOLAH:
- Bayaran bil utiliti seperti telefon, air, elektrik, telegram, setem, internet dan pembetungan.
- Pembelian bahan habis guna untuk kegunaan pejabat dan sekolah.
- Pembaikan kecil infrastruktur sekolah yang tidak melibatkan kerjakerja naik taraf dan ubahsuai.
- Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal pejabat dan sekolah.
- Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Perkhidmatan pengiklanan.
- Pengangkutan barang-barang.
- Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat.
- Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan rasmi.
- Perolehan harta modal (kecuali alat pendingin udara dan peralatan ICT) dengan nilai keseluruhan peruntukan LPBT/LPK Sekolah yang digunakan tidak melebihi RM5,000.00 setahun. Peruntukan bagi perolehan alat pendingin udara hendaklah dipohon daripada Ketua PTJ masing-masing.
- Perbelanjaan untuk keceriaan (yang tidak melibatkan pembinaan)/kesihatan murid/keselamatan sekolah.
- Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru/kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi.
- Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk guru pengiring.
Maksud berelanja LPBT/LPK ASRAMA:
- Bayaran bil utiliti telefon, air, elektrik, telegram, setem, internet dan pembetungan.
- Pembaikan kecil infrastruktur asrama yang tidak melibatkan kerjakerja naik taraf dan ubahsuai.
- Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal di asrama.
- Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan asrama dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Perkhidmatan pengiklanan.
- Pembelian surat khabar, majalah, buku rujukan dan lain-lain yang berkaitan untuk kegunaan penghuni asrama.
- Pembelian bahan bakar dan ubat.
- Perbelanjaan untuk keceriaan (yang tidak melibatkan pembinaan)/kesihatan murid/keselamatan penghuni asrama.
- Pembelian bahan habis guna untuk kegunaan pengurusan asrama.
- Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk guru pengiring.
- Perolehan harta modal tidak melebihi 5% daripada jumlah keseluruhan peruntukan LPBT/LPK Asrama setahun.
RUJUK: PINDAAN KEATAS SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012 - GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KE SEKOLAH BERDASARKAN PER KAPITA DAN ENROLMEN MURID
PINDAAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Bab A: Maksud belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)
Maksud belanja Bantuan Geran Per Kapita telah diperluaskan seperti yang berikut:
- Bayaran elaun kepada penceramah di bawah PCG matapelajaran;
- Pembelian dibawah lain-lain perbelanjaan berulang tahun (LPBT) sekolah dan asrama;
- Pebelanjaan penyediaan makan minum untuk mesyuarat pentadbiran dan pengurusan sekolah/asrama dibawah LPBT sekolah dan asrama; dan
- Bayaran baling tambang pengangkutan guru / warden /kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang taksi dibawah LPBT sekolah dan asrama.
Download Pekeliling dan Surat Pekeliling
Comments
Post a Comment