DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

GELARAN JAWATAN
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
KETUA PERKHIDMATAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN,
RINGKASAN GELARAN JAWATAN
PT(P/O)
KEDUDUKAN DI WARAN PERJAWATAN
AKP-BIL-5
GRED JAWATAN
N19/N22(KUP)
BIDANG UTAMA
KHIDMAT PENGURUSAN
GRED JD
N19
SUB-BIDANG
KEWANGAN
STATUS JAWATAN
TETAP & BERPENCEN
DISEDIAKAN OLEH
HAROLD MARK G
HIRARKI 1(BAHAGIAN)
UNIT KEWANGAN
DISEMAK OLEH

SKIM PERKHIDMATAN
PELAKSANA
TARIKH DOKUMEN

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
AKAUNTABILITI
TUGAS UTAMA
· Memastikan peruntukan kewangan mohon serta diurus dengan cekap dan mencukupi.




·           Memastikan semua tatacara perakaunan dan kewangan dipatuhi















·           Memastikan semua terimaan di rekod dan disimpan mengikut tatacara pengurusan akaun dan kewangan















·         Memastikan setiap bayaran dapat dibuat dengan segera dan mematuhi tatacara pengurusan akaun dan kewangan
Pengurusan dan Kewangan Belanjawan
a)    Menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan
b)    Mengurus dan mengawal peruntukan
c)    Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan


Pengurusan Kewangan Am
a)    Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar
b)    Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan
c)    Menguruskan keselamatan peti besi atau bilik kebal di mana wang awam dan barang bernilai disimpan
d)    Menguruskan, memantau Akaun Bank
e)    Mengurus dan mengendalikan pengedaran wang tunai dan cek
f)     Mendapatkan semula dan mengakaunkan perbelanjaan tidak rasmi atau terlebih bayar
g)    Menyelenggara dokumen-dokumen/borang-borang kewangan terkawal
h)    Mengendalikan buku daftar cek terimaan
Pengurusan Terimaan
a)    Mengurus pengebilan semua jenis terimaan wang awam
b)    Menerima semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit-resit rasmi Kerajaan
c)    Mengumpul dan menyerahkan terimaan wang awam serta salinan dokumen/laporan terimaan kepada anggota yang bertanggungjawab
d)    Menyelenggara buku tunai cerakinan
e)    Menyediakan slip masuk bank, Penyata Pemungut dan memasukkan terimaan ke Bank
f)     Menyedia dan mengemukakan laporan kira-kira wang tunai bulanan

Pengurusan Perolehan Kerajaan
a)    Menguruskan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja


Pengurusan Pembayaran
a)    Menguruskan semua jenis bayaran selain bayaran emolumen anggota
b)    Menyedia dan memproses borang pewujudan akaun bayar pukal
c)    Menyemak bil SESB, TM, JAS dan lain-lain agensi di dalam sistem Bayaran Pukal dengan laporan Bayaran Pukal BP21 dalam mengambil tindakan susulan
d)    Menyelenggarakan daftar bil termasuk rekod pembatalan cek
e)    Mengurus dan menyelenggarakan cek dari segi pembatalan, penggantian, pembukaan palang dan penahanan cek
f)     Membantu menguruskan kredit pembekal
g)    Menyelenggara, mengemaskini dan mengedarkan jadual kadar pertukaran matawang asing

Pengurusan Akaun
a)    Menyelenggara, mengemaskini, memantau akaun vot/amanah/hasil/deposit
b)    Menyelenggara dan mengemaskini akaun subsidiari termasuk penyesuaian dengan akaun kawalan
c)    Menyelenggara buku daftar dokumen-dokumen kewangan
d)    Menyedia dan mengagihkan laporan kewangan dan perakaunan
e)    Mengesah dan memantau pengesahan akaun vot/amanah/hasil/deposit
f)     Membantu menyediakan Akaun Awam termasuk laporan Akauntan Negara Malaysia
g)    Mengurus cek terbatal
1.    Bilangan Perjawatan: 74 Orang                                               
2.    Bilangan Pengisian: 69 Orang  (61 ORANG GURU , 8 ORANG AKP)
3.    Bilangan Skim Perkhidmatan: 6
4.    Bilangan Pelajar : Sesi pagi 508 orang      Sesi Petang 360 orang
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas)
KOMPETENSI
·        Berupaya mengurus pentadbiran pejabat mengikut peraturan/ prosedur/pekeliling yang ditetapkan bagi memastikan pengurusan pentadbiran mencapai objektif jabatan.
·        Berupaya mengemas kini urusan perkhidmatan PPP dan AKP dari proses perlantikan hingga persaraan mengikut prosedur/pekeliling yang ditetapkan.
·        Berupaya mejalankan tugas dalam pengurusan pentadbiran pejabat mengikut peraturan/ prosedur/pekeliling yang ditetapkan bagi memastikan pengurusan pentadbiran berjalan lancar dan teratur
·        Berupaya mengurus aset alih dengan cekap dan berkesan berpandukan prosedur/ peraturan yang ditetapkan bagi menjamin penyenggaraan, penjagaan dan pengawalan barang kerajaan.
·        Berupaya menyedia Pesanan Tempatan (Local Order – LO) untuk pembelian barang dan perkhidmatan mengikut prosedur yang ditetapkan.
·        Berupaya menyedia baucar bayaran mengikut Arahan Perbendaharaan 92 hingga 103 bagi memastikan bayaran dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
·        Berupaya menyediakan ABM dalam tempoh yang ditetapkan mengikut Arahan Perbendaharan dan Pekeliling Penyediaan ABM.
·        Berupaya menyemak penyediaan penyata penyesuaian mengikut Arahan Perbendaharan (AP) bagi memastikan transaksi perakaunan adalah betul dan menepati masa yang ditetapkan.
·      Berpengalaman  mengendalikan dan mengurus akaun kumpulan wang kerajaan.
·      Berpengalaman menggunakan Sistem Pengurusan Kewangan Sekolah (eSPKWS) atau PATSKOM.

Comments