PERATURAN DAN SYARAT MENGENAI PERMOHONAN PEMBIAYAAN KOMPUTER BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM
1. Peraturan Mengenai Permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang Kew 317 sebanyak 5 Salinan dan kemukakan bersama perkara berikut :-
- 2 Salinan Slip Gaji yang terkini dan disahkan benar
- Sebutharga komputer sekeping asal dan 2 salinan (tempoh laku sebutharga komputer hanya 3 bulan sahaja)
- 2 Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan
- Salinan Surat Pengesahan Jawatan dan Surat Pelantikan Pertama yang telah disahkan
- 2 salinan Buku Akaun Bank yang digunakan untuk terima gaji bulanan (yang tercatat No Akaun Bank) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan
* Borang permohonan Bahagian II hendaklah ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar dan sila catatkan No. Fail Jabatan pemohon.
2. Syarat-syarat Pembiayan
Jumlah potongan bulanan untuk pembelian komputer berkenaan hendaklah tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok anggota dan jumlah potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun. jika anggota ingin menukar konfigurasi.perkakasan komputer yang hendak dibeli, anggota hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu dari pegawai yang meluluskan pembiayaan.
3. Amaun Pembiayaan Maksimum
Amaun pemberian maksimum yang boleh diberikan kepada seseorang anggota ialah sebanyak RM5,000.00. Sekiranya harga belian komputer tersebut adalah melebihi daripada amaun bayaran muka, bayaran muka ini akam dianggap telah dijelaskan di dalam perkiraan bayaran balik.
4. Kadar Pembayaran Balik/Tempoh Bayaran Balik
Tempoh pembayaran balik adalah 48 bulan melalui potongan gaji pada tiap-tiap bulan.
5. Kouta Pinjaman Komputer
Pihak Jabatan telah menetapkan jumlah bilangan permohonan pinjaman komputer pada setiap bulan adlaah sebanyak 30 permohonan sahaja. Jika borang permohonan melepasi angka 30 maka permohonan akan dibawah ke bulan berikutnya.
Maklumat lanjut boleh berhubung dengan
Unit Pengurusan Kewangan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Aras 9, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Jalan Punai Tanah, Likas
88450 Kota Kinabalu, Sabah
Pn Jariah Binti Gapar - 088-537010 Ext. 7633
email : jariah.gapar@moe.gov.my
Soalan Lazim
Comments
Post a Comment